Pages

Saturday 13 July 2013

Walau aku tak gemar, tapi aku gembira...

"Assalamualaikum..."

"Waalaikumussalam" Aku pantas je jawab, terus buka pintu rumah.

"Mak beri ni" kata anak jiranku sambil mengunjukkan 'tupperware' berisi.

Dengan senyum gembira bercampur riang, aku ucapkan terima kasih.

Aku buka 'tupperware' yang berisi jemput-jemput pisang. Tersenyum bahagia, menerima pemberian jiran sebelah, menandakan kehadiranku di sini dirai serta diterima. Terima kasih jiranku, walau jemput-jemput pisang bukan makanan kegemaranku, tapi nilai pemberian itu sangat tinggi bagi aku.


Erm, hari ini genap 16 hari aku tinggal di kejiranan ini. Alhamdulillah.

Friday 12 July 2013

Lempeng

Akhir-akhir ini suka benar aku makan lempeng. Setiap hari mahu makan lempeng.Lempeng yang simpel aje pun. Ramuan yang senang, gandum,air, gula, garam. Dicicah dengan apa yang ada.Biasanya susu atau gula lah...Jom, makan lempeng :)

Friday 5 July 2013

Hutang VS Beri

Hari ini aku hubungi seorang rakan lama supaya hutang aku dibayar (sudah setahun lebih dia berhutang), boleh pula dikatakan yang aku pernah cakap itu 'pemberian' bukannya 'hutang'.

Aduhai,aku tak pernah berniat 'memberi' (tidak termasuk hadiah)kepada yang mampu, lainlah kalau dia dari kategori 'asnaf' yang layak menerima. Mungkin mahu menutup malu, atau mahu menjaga ego? Oh manusia, masa nak pinjam bergulanya bahasa, masa dituntut bayaran bermacam pula dikata...